ARTIKEL

FTES Hanya Untuk IPT Bawah Kuasa Sarawak – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuasa Kerajaan Sarawak terbatas dalam memberikan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) kepada institusi pengajian tinggi persekutuan iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, universiti milik Kerajaan Sarawak berada di bawah bidang kuasa penuh negeri ini. Namun, UNIMAS dan UiTM merupakan institusi persekutuan yang tertakluk kepada dasar serta tadbir urus Kerajaan Pusat.

“Ada yang bertanya bagaimana dengan UNIMAS dan UiTM di Sarawak untuk menerima Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak? Dua universiti ini kita tidak boleh masuk campur.

“Ini kerana ia di bawah kerajaan Persekutuan. Kalau kita masuk campur, takut pula tidak selaras dengan dasar di Semenanjung,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS) 2025 di Dewan Serbaguna Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Beliau berkata struktur pentadbiran, termasuk senat dan tadbir urus universiti persekutuan, menyukarkan campur tangan Kerajaan Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Sarawak tetap menyediakan bantuan kepada pelajar Sarawak di institusi berkenaan.

“Yang dapat saya (Sarawak) beri ialah wang saku (bantuan kewangan khas) kepada pelajar-pelajar negeri ini yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia, dengan setiap pelajar menerima RM1,200,” tambahnya.

Jelas Abang Johari, Kerajaan Sarawak turut menawarkan pembiayaan kepada pelajar yang mengikuti pengajian pascasiswazah dalam bidang perubatan berikutan keperluan mendesak untuk menambah bilangan doktor di negeri ini.

Selain itu, katanya, pembiayaan juga diperluas kepada bidang kewangan dan program baharu berkaitan industri masa depan.

“Sarawak kini memberi tumpuan terhadap bidang seperti perdagangan karbon, kewangan korporat dan model perbankan baharu yang memerlukan kepakaran profesional tempatan.

“Bila kita bergerak ke arah ekonomi hijau dan ekonomi baharu setanding negara maju, kita memerlukan tenaga mahir yang boleh membantu dalam pengurusan ekonomi negeri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada para guru yang menyokong usaha kerajaan memperkukuh dasar penggunaan dua bahasa dalam sistem pendidikan negeri.

Beliau berkata, latihan guru amat penting, terutamanya dalam penguasaan istilah dan pendekatan pengajaran bahasa Inggeris yang sentiasa berkembang.

Selain itu, beliau menjelaskan keperluan mengekalkan sistem penilaian pelajar, termasuk kerjasama Sarawak dengan Universiti Cambridge untuk melaksanakan ujian penilaian murid Tahun Enam, Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima.

“Saya bukan tidak percaya kepada sistem sedia ada, tetapi jika tiada ujian, kita tidak tahu tahap sebenar pelajar.

“Kenaikan darjah secara automatik tanpa peperiksaan boleh mungkin menyebabkan pelajar tidak mahir menulis esei atau menjawab soalan dengan baik,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan