KUCHING: Pasukan BT.27 Warrios dan SWAT FC muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita dalam Kejohanan Futsal Tertutup N.20 Tarat, Piala Datuk Roland Sagah Wee Inn 2023 yang diadakan di gelanggang futsal Kampung Sungai Barie, Serian Ahad lalu.
Juara bagi kategori lelaki membawa pulang medal dan trofi serta wang berjumlah RM1,800 manakala wanita pula membawa pulang RM1,200 bersama medal dan trofi.

Manakala, gelaran naib juara bagi kategori lelaki milik pasukan BK TEBORN yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200 termasuk piala dan pingat.
Dua pasukan yang tewas diperingkat separuh akhir iaitu RILAFA B dan SIBURAN CITY menduduki tempat ketiga bersama masing-masing menerima wang tunai RM500, piala dan pingat.
Dalam pada itu, naib juara kategori wanita milik SB Girls yang berjaya meraih wang tunai RM800 termasuk piala dan pingat.
Manakala, pasukan FZLF FT dan THE PHOENIX yang tewas di peringkat separuh akhir sekadar berpuas hati menduduki tempat ketiga bersama. Kedua-dua pasukan menerima wang tunai RM300, piala dan juga pingat.
Sementara itu, bintang sensasi BT.27 Warrior iaitu Diego muncul selaku penjaring terbanyak danDenis daripada pasukan BK EBORN dianugerah sebagai pemain terbaik kategori lelaki.
Roslinda Bererie ( SWAT FT ) dan Nur Salina BBel (SB Girls) pula masing-masing mencetak nama selaku penjaring terbanyak dan pemain terbaik kategori wanita.






