ARTIKEL

Futsal Wanita Serian 2023: Juara milik Tidal Bore

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Pasukan Tidal Bore memahat sejarah tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Futsal Wanita Edisi I Bahagian Serian 2023. 

Skuad pilihan itu tidak berdepan masalah menyingkirkan D’Samarahan FC dengan jaringan (5-0) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Tertutup Serian, semalam.

JUARA… ADUN Bukit Semuja, John Ilus dan barisan tetamu lain bergambar bersama pemain pasukan Tidal Bore selaku juara. – FOTO FAIZAL BUJANG 

Ini sekali gus memastikan pemain Tidal Bore menerima imbuhan wang tunai RM3,000, piala dan pingat manakala D’Samarahan FC menerima wang tunai RM1,500, piala dan pingat selaku naib juara.

Tidak hanya itu, dua pemain Tidak Bore iaitu Rabiah Bishriyah Abdul Kadir dan Charity Kemp terpilih sebagai penerima anugerah pemain dan penjaga gol terbaik serta masing-masing menerima wang tunai dan pingat.

NAIB JUARA… Pemain pasukan D’Samarahan FC turut berkesempatan merakam gambar bersama John Ilus dan tetamu lain.

Tempat ketiga milik pasukan Underground yang turut membawa pulang wang tunai RM700 termasuk piala dan pingat selepas menewaskan Tibak Baok (3-1) ditempat keempat dan turut menerima wang tunai RM400 termasuk piala dan pingat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus. 

Kejohanan tersebut dianjur oleh SFA dan disertai 16 pasukan dari pelbagai bahagian.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu menyatakan, penganjuran kejohanan tersebut yang bertujuan memberi peluang kepada pemain terlibat mengetengah bakat pemain terlibat.

Katanya, kejohanan selama sehari itu juga secara tidak langsung dapat mengenal pasti bakat pemain baharu terutama dari kelompok wanita.

“Kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kejohanan terbabit,” tegas Phillip.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU