ARTIKEL

Gaji minimum lepasan TVET akan dinaikkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEPALA BATAS: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata TVET bukan sahaja mengajar subjek konvensional malah harus memastikan tenaga kerja yang kompeten seiring dengan revolusi industri 4.0 (IR 4.0).

“Apa yang saya lakukan ialah transformasi… untuk kita bergerak mengorak langkah baharu ke arah IR 4.0. Kerajaan komited untuk tingkatkan TVET.

“Insya-Allah, satu dasar baharu oleh Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) dengan kerjasama Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin), kerjasama 10 lagi kementerian untuk kita rombak dan kita akan menjadi negara maju, insya-Allah, di bawah pimpinan Perdana Menteri Kerajaan MADANI,” katanya kepada pemberita selepas sesi bual bicara komuniti TVET di Ekspo TVET@KKDW 2023 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata sebanyak 92.5 peratus lepasan TVET berjaya mendapat pekerjaan.

Terdahulu, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan syarikat Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman bagi menjalin kerjasama strategik untuk meningkatkan aspek keusahawanan serta penguasaan teknikal yang menjurus kepada bidang teknousahawan, kajian serta latihan teknikal industri berimpak tinggi dalam bidang kenderaan elektrik (EV)) dan litium bateri bagi lepasan universiti itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan