ARTIKEL

Sumber: Facebook Fadillah Yusof

Gambar profil Fadillah diguna untuk akaun Whatsapp, Telegram dan FB palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau menerusi WhatsApp, Telegram serta Facebook.

Fadillah menerusi hantaran di media sosial X hari ini berkata, beberapa rakannya menerima mesej daripada individu yang menggunakan nombor telefon bimbit +6011-14045313 dengan membuka ‘WhatsApp group’ (kumpulan WhatsApp) dan perkara itu dimaklumkan kepada beliau.


Sumber: Facebook Fadillah Yusof

“Setelah disemak, nombor berkenaan turut digunakan di aplikasi WhatsApp dan Telegram dengan menggunakan gambar profil saya.

“Laporan dibuat kepada pihak pengendali aplikasi berkenaan dan semakan menerusi ‘truecaller’ (mendapati) nombor tersebut menggunakan nama Rinoneze,” menurut hantaran itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan