ARTIKEL

Datuk Bandar Bandaraya Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang.

Gangguan Bekalan Air Miri: Peniaga Diingat Tidak Ambil Kesempatan Naikkan Harga Air Minuman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan pembelian panik susulan gangguan bekalan air berjadual selama 36 jam di bandar raya ini.

Datuk Bandar Bandaraya Miri merangkap ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata, bekalan air minuman dijangka mencukupi sepanjang tempoh gangguan yang berlaku pada 10 dan 11 Jun ini.

“Gangguan ini merupakan kerja penyelenggaraan terancang yang hanya melibatkan tempoh sekitar 36 jam dan tidak menjejaskan bekalan dalam jangka masa panjang.

“Pihak saya memahami kebimbangan penduduk yang mula membuat persediaan awal dengan mendapatkan bekalan air, namun orang ramai tidak perlu menyimpan stok secara berlebihan.

“Orang ramai digalakkan membeli bekalan mengikut keperluan sebenar agar bekalan dapat dikongsi secara adil dalam kalangan komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil pemantauan di pasar raya dan pembekal mendapati bekalan air minuman di pasaran masih mencukupi, selain usaha penambahan stok giat dilakukan termasuk penghantaran dari luar Miri.

“Bekalan baharu juga akan terus tiba dalam beberapa hari akan datang bagi menampung keperluan pengguna sepanjang tempoh berkenaan.

“Kebanyakan isi rumah hanya perlu menyediakan bekalan air untuk tujuan minuman dan memasak, manakala keperluan harian lain seperti mencuci boleh disimpan lebih awal menggunakan baldi, bekas simpanan atau tangki air,”ujarnya.

Menjelas lanjut, beliau turut menyeru peniaga dan peruncit supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara berlebihan serta mengekalkan harga jualan yang berpatutan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU