ARTIKEL

Gedong ke Semalatong hanya 25 minit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Jalan baharu dari Gedong ke Kampung Semalatong, Simunjan sepanjang 26 kilometer (km) yang menelan kos RM250 juta bakal memendekkan masa perjalanan kepada 25 minit.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia termasuk menaik taraf jalan ladang sedia ada serta membina dua jambatan konkrit baharu.

“Perjalanan dari Gedong ke kawasan Semalatong ketika ini mengambil masa lebih sejam, jadi dengan adanya jalan ladang yang dinaik taraf kelak, ia hanya akan mengambil masa 25 ke 30 minit sahaja.

”Paling penting ia bukan sahaja memendekkan masa perjalanan, tetapi bakal membawa impak ekonomi yang besar khususnya dari sudut pertanian dan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pengambilalihan dan Naik Taraf Jalan Ladang Sedia Ada dari Dari Gedong Ke Kampung Semalatong, Simunjan di Gedong, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menghubungkan semua kawasan terpencil di Gedong dan Simunjan ke rangkaian jalan utama di seluruh negeri.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran

BERITA LAIN

BERITA TERBARU