KUCHING: Geriatrik Komuniti (GeKo) mampu menyediakan sokongan dan perkhidmatan yang mencukupi kepada warga emas di Sarawak.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, inisiatif GeKo itu dapat memastikan penuaan yang sihat, aktif dan produktif dengan memperkasakan warga emas, keluarga dan masyarakat.
GeKo merupakan inisiatif nasional pertama untuk menyediakan penjagaan geriatrik khusus dalam komuniti.
GeKo juga mengoptimumkan kapasiti orang tua dan untuk mengekalkan tahap kebebasan yang munasabah kepada golongan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program ‘Elderly Home Chinese New Year 2024 Celebration Dinner’ anjuran Sarawak Hun Nam Siang Tng di sini semalam.


