ARTIKEL

JUARA... Pemain pasukan Vortec.

Gelaran juara milik Vortec

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Vortec mencipta sensasi apabila muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Belia Bawah 21 Tahun anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS).

Pilihan popular itu menumpaskan Segedup A (17-14, 15-9) pada aksi final yang berlangsung di Dewan Kampung Segedup Sabtu lepas.

Kejayaan itu membolehkan pemain Vortec membawa pulang wang tunai RM500, piala dan pingat.

NAIB JUARA… Pasukan Segedup A.

Sementara itu, wang tunai RM300, piala dan pingat diterima pemain Segedup A selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan Kanoli 1 dan FSDM A yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM150 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi ATAS, Abang Karulzaman mewakili Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Ibrahim Baki yang juga penyandang kerusi DUN Satok.

Setiausaha ATAS, Jaya Awang memberitahu, sebanyak 12 pasukan terlibat dalam kejohanan sehari itu.

Menurut Jaya, format kejohanan ialah liga peringkat kumpulan pada peringkat awal dan disusuli aksi kalah singkir selepas itu.

“Pihak kita ingin merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama diberikan dalam menjayakan penganjuran kejohanan kali ini.

“Besar harapan kita agar kerjasama yang terjalin terus berkekalan pada masa akan datang,” ujar Jaya kepada Arena Suara Sarawak.

Jaya mengakui, usaha pihaknya menganjurkan kejohanan itu bukan sahaja memberi peluang kepada pemain terlibat mengetengahkan bakat mereka.

Pada masa sama katanya, kejohanan itu landasan terbaik ke arah melahirkan lebih ramai bakat baharu yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Kita percaya melalui penganjuran kejohanan seperti ini akan dapat mengenal pasti bakat baharu yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Dengan kata lain, pemain yang dikenal pasti bakat mereka dalam kejohanan ini mampu mencipta nama di pentas lebih berprestij kelak,” tambah beliau.

BERITA LAIN

LSRM 2026: 12 pasukan buru gelaran juara

MUKAH: Kempen Liga Setia Raja MUFA 2026 (LSRM 2026) akan disingkap tiranya 21 November ini. Sekali gus, menyaksikan pertembungan sengit 12 pasukan untuk memburu gelaran

1,000 peminat motor dijangka meriahkan Bintangor

KUCHING: Bintangor bakal menjadi tumpuan komuniti permotoran dengan jangkaan 1,000 peminat motosikal hadir berkumpul pada 22 November ini bagi memeriahkan Himpunan Motosikal Bintangor (BBG) 2026.

BERITA TERBARU

AirTrunk labur RM12 bilion dalam pusat data di Malaysia

KUALA LUMPUR: Majlis Perniagaan Malaysia-Australia (MABC) menggalakkan syarikat Malaysia beralih daripada pelaburan hartanah kepada teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital. Pengerusinya, Loong Caesar, berkata