ARTIKEL

Rumah Kanyan berpotensi jadi destinasi pelancongan berasaskan komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Peruntukan RM500,000 melalui Program Kampung Angkat MADANI telah membuka ruang untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan bagi meningkatkan infrastruktur dan kebajikan penduduk Rumah Kanyan, Nyalak Ladong, di sini.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, program itu juga berpotensi mempromosikan Rumah Kanyan sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti melalui keunikan rumah panjang, landskap yang indah dan kemudahan yang dipertingkatkan.

Menurutnya, daripada lebih 400 projek Kampung Angkat MADANI yang dilaksanakan di seluruh negara, Sarawak menerima 19 projek termasuk satu projek di kawasan Parlimen Julau yang terletak di Rumah Kanyan.

Beliau berkata, peruntukan RM500,000 telah digunakan untuk melaksanakan beberapa inisiatif pembangunan, termasuk pembinaan Rumah Biro Wanita, pintu masuk, penambahbaikan jalan raya dan penyediaan kemudahan rekreasi.

Beliau berkata, keunikan rumah panjang lama di Rumah Kanyan yang dibina menggunakan kayu belian selain dikelilingi sungai dan landskap semula jadi yang menarik berpotensi menjadi tarikan pelancong, terutamanya mereka yang ingin merasai gaya hidup semula jadi.

Penambahbaikan kemudahan infrastruktur, termasuk penyediaan tempat letak kereta yang luas, juga menjadikan kampung ini lebih sesuai untuk menerima pengunjung dan menganjurkan pelbagai program.

Rumah Kanyan baharu yang mempunyai 77 isi rumah ini juga merupakan salah satu rumah panjang terpanjang di kawasan DUN Pakan, dengan reka bentuk yang serupa dengan rumah moden di bandar.

Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman bermalam di kampung sambil menghayati gaya hidup masyarakat peribumi di Nyalak Ladong.

Sehubungan itu, Larry mengucapkan tahniah kepada seluruh komuniti Nyalak Ladong atas komitmen, usaha dan kerjasama mereka dalam membangunkan Rumah Kanyan sehingga berpotensi menjadi salah satu ikon komuniti di kawasan DUN Pakan.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyerahkan geran sebanyak RM40,000 kepada komuniti Rumah Kanyan bagi membantu memenuhi keperluan pembangunan kawasan tersebut.

Beliau berharap peruntukan tersebut dapat digunakan sebaik mungkin, termasuk untuk membeli peralatan Starlink bagi meningkatkan akses internet dan menambah baik kemudahan yang memerlukan perhatian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

AirTrunk labur RM12 bilion dalam pusat data di Malaysia

KUALA LUMPUR: Majlis Perniagaan Malaysia-Australia (MABC) menggalakkan syarikat Malaysia beralih daripada pelaburan hartanah kepada teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital. Pengerusinya, Loong Caesar, berkata