Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan berlaku gempa bumi lemah di Johor pada 8.59 pagi, hari ini.
Gempa tersebut berpusat pada koordinat 2.33° Utara dan 102.79° Timur dengan magnitud 3.2, kedalaman 10 kilometer dan berada kira-kira 18 kilometer selatan Segamat, Johor.
Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di Johor dan Selatan Pahang.
Pihak MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
end



