Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Laut Banda pada 5.20 pagi tadi.
Gempa 5.2 magnitud itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer di koordinat 6.0 darjah selatan, 130.3 darjah timur dengan jarak 348km tenggara dari Ambon, Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi tersebut.






