ARTIKEL

Abdul Karim menyaksikan penyerahan insentif SBA kepada Genevie, disaksikan hadirin lain. Foto: Ramidi Subari

Genevie Lim bangkit selepas digugurkan BAM, kini juara dunia remaja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejayaan Genevie Lim merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 menjadi batu loncatan untuk beliau melangkah lebih jauh dan setanding atlet badminton negara yang beraksi di pentas Olimpik.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Sarawak (SBA) Datuk Dr. Wan Khalik Wan Muhammad berkata, Genevie seorang atlet yang tidak pernah berputus asa.

Genevie Lim merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026. Foto: Ramidi Subari

“Walaupun pernah digugurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini atas faktor kesihatan, beliau tidak pernah berputus asa.

“Kami mengambilnya bagi menjalani latihan serta menyertai beberapa kejohanan, sebelum mengesyorkan semula namanya kepada BAM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian insentif yang disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Beliau turut menzahirkan rasa gembira terhadap Genevie atas komitmen tinggi yang diberikan semasa bersama SBA.

“Khususnya, ketika menjalani latihan dan beraksi dalam pertandingan sehingga berjaya merangkul kejuaraan remaja dunia.

“Akhirnya, beliau berjaya meraih kejayaan tersebut, sekali gus mencipta sebuah pencapaian istimewa buat sukan badminton Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Wan Khalik mendedahkan atlet remaja itu akan berlatih secara sepenuh masa di bawah BAM untuk diserapkan ke dalam skuad senior kebangsaan.

“Besar harapan agar beliau terus berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik pada masa hadapan,” ujarnya.

Genevie pula menyifatkan kejayaan itu sebagai satu pencapaian membanggakan, selain menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan di pentas antarabangsa.

“Fokus utama saya sekarang adalah untuk memperkukuh prestasi dalam sukan badminton, khususnya kerana bakal bersaing di peringkat senior,” katanya.

BERITA LAIN

Bintulu jadi pentas bakat baharu Muay Thai Sarawak

KUCHING: Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS) berjaya mengenal pasti ramai atlet berbakat dan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Himpunan atlet baharu berkenaan

BERITA TERBARU

10 projek padi berskala besar mulai 2027

KUCHING: Sebanyak 10 projek pembangunan infrastruktur penanaman padi berskala besar di Sarawak melibatkan kawasan seluas 3,460 hektar kini berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan dan dijangka