ARTIKEL

polis

‘Geng Jiva’ tumpas, seorang wanita ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IPOH: Polis menumpaskan kumpulan samun bersenjata dikenali ‘Geng Jiva’ selepas menahan empat individu termasuk ketua kumpulan itu dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Syabas, di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penahanan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan itu dipercayai dapat menyelesaikan 24 kes jenayah kekerasan dan 34 jenayah harta benda disyaki dilakukan kumpulan itu di sekitar Ipoh, Perak.

“Kita percaya telah melumpuhkan Geng Jiva yang dipercayai aktif menyamun di beberapa taman perumahan, selepas memberkas empat suspek termasuk ketua kumpulan berusia 26 hingga 35 tahun yang dikehendaki pihak polis,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kumpulan itu melakukan jenayah samun bersenjata, pecah rumah serta mendatangkan kecederaan semasa menyamun di sekitar Ipoh khususnya di Taman Canning, Taman Ipoh Timur dan Bercham.

Menurut Yahaya, ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek termasuk seorang wanita, positif dadah jenis methamphetamine dan keempat-empat suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan jenayah.

Yahya berkata kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan