ARTIKEL

GERAK KHAS 2.0 ANGKAT IDENTITI MALAYSIA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DRAMA kepolisan popular Gerak Khas kini kembali dengan versi baharu, Gerak Khas 2.0, yang bakal disiarkan menerusi TV Sarawak (TVS).

Edisi kali ini menampilkan pembaharuan dari segi lokasi penggambaran serta barisan pelakon, namun tetap mengekalkan identiti asal drama berkenaan.

Penerbit, Datuk Yusof Haslam, berkata, siri 26 episod itu bukan sahaja menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, malah turut diperluaskan ke Sabah dan Sarawak bagi memberikan kelainan kepada penonton.

“Kita mengekalkan sebahagian pelakon lama, tetapi ada juga yang digantikan dengan wajah baharu, termasuk bakat dari Sarawak.

“Elemen dari Sabah dan Sarawak digabungkan supaya benar-benar mencerminkan wajah Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, proses uji bakat serta penyediaan papan cerita (storyboard) sedang dijalankan, manakala semua skrip akan melalui semakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Walaupun pengalaman sudah ada, sistem kerja yang baik tetap penting.

Proses ini tidak mudah, tetapi kita akan pastikan dilakukan dengan betul,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Kandungan Kreatif TVS, Jamal Abdullah menegaskan komitmen stesen televisyen itu untuk memperkukuh industri kreatif tempatan dengan membuka peluang kepada bakat muda serta menghasilkan kandungan yang berdaya saing.

“Visi kita bukan sahaja untuk penonton di Sarawak atau Sabah, tetapi juga ke peringkat nasional dan serantau.

“Malah, TVS turut merancang meluaskan capaian ke Singapura, Jakarta, Vietnam, Kemboja dan Thailand,” ujarnya. – TVS

BERITA LAIN

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka

Al-Quran panduan bentuk akhlak

Kejayaan mengkhatamkan al-Quran bukanlah pengakhiran perjalanan seorang Muslim untuk mendalami kitab suci itu, sebaliknya menjadi permulaan untuk memahami, menghayati dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

BERITA TERBARU