ARTIKEL

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

GISBH: Seorang lagi akan dituduh lakukan amang seksual membabitkan remaja di Johor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang lagi individu, yang dikaitkan dengan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di Johor pada 8.30 pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lelaki berusia 20 tahun itu berdepan dua pertuduhan bagi kesalahan jenayah seksual membabitkan seorang remaja berusia 16 tahun.

“Lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Dia ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada 1 Oktober lepas setelah menerima laporan daripada mangsa.

“Mangsa mendakwa suspek melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya sebanyak dua kali pada Jun lepas,” katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini semalam.

Beliau berkata tiga lagi individu, termasuk seorang wanita, juga akan dihadapkan ke mahkamah sama pada hari ini.

Pertuduhan dibuat terhadap mereka mengikut Seksyen 12 Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Razarudin berkata suspek berusia dalam lingkungan 28 hingga 57 tahun dan bekerja di pusat peranginan milik GISBH.

Mereka didapati memperdagang empat individu berusia dalam lingkungan 30 hingga 57 tahun bagi tujuan eksploitasi kerja paksa dengan ancaman.

Seorang suspek yang berusia 28 tahun juga akan disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana disyaki menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

“Keputusan pendakwaan dilakukan selepas kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober lepas

“Ia juga adalah hasil perbincangan dalam mesyuarat penyelarasan tindakan Jenayah Terancang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) semalam,” katanya.

 Beliau berkata ketiga-tiga suspek juga didapati mengeksploitasi mangsa dengan cara mengaturkan perkahwinan paksa.

Mereka menjodohkan mangsa dengan individu peringkat atasan selain tidak membenarkan mereka untuk menggunakan telefon bimbit.

Selain itu, pasangan suami isteri hanya boleh berjumpa sekali atau dua kali dalam sebulan.

Pada Khamis lepas, 16 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH, yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama, ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata setakat ini, 58 individu ditahan di bawah akta itu sejak Op Global yang dilaksana pada September lepas.

Beliau berkata sepanjang tempoh operasi itu dilaksanakan, seramai 415 individu ditahan manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun diselamatkan oleh pihak polis. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu