ARTIKEL

Noorazah menyantuni masyarakat yang hadir pada Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Sri Aman di sini, semalam. | FOTO: UKAS

Golongan OKU digesa daftar dengan JKM untuk nikmati kemudahan dan peluang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) diingatkan supaya tampil mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan serta peluang yang disediakan oleh kerajaan dan sektor swasta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, pendaftaran dengan JKM amat penting bagi memastikan golongan OKU dikenal pasti dan dapat dibantu.

Noorazah menyempurnakan gimik pelancaran sambutan tersebut. | FOTO: UKAS

“Ini memudahkan mereka menerima bantuan, khususnya dari segi pendidikan, pekerjaan dan kebajikan.

“Bahagian Sri Aman mempunyai empat buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) iaitu di Sri Aman, Lingga, Stumbin dan Batang Ai yang memainkan peranan penting dalam memberikan latihan serta pemulihan awal kepada kanak-kanak OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Sri Aman 2025 yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman, baru-baru ini.

Menurut Noorazah, setakat Disember 2024, seramai 751,421 individu OKU telah berdaftar di bawah Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU) di seluruh negara.

“Bagi Bahagian Sri Aman, sebanyak 708 individu OKU telah mendaftar dari tahun 2020 hingga Oktober 2025,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar sambutan seumpama ini menjadi platform berterusan bagi membentuk masyarakat MADANI yang prihatin, memahami serta menghormati hak-hak golongan istimewa.

“Usaha ini penting agar mereka tidak berasa tersisih dan terus mampu menyumbang kepada pembangunan negara,” jelasnya.

Sambutan berkenaan dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman bagi meraikan insan istimewa selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterangkuman golongan OKU dalam pembangunan negara.

Majlis turut diserikan dengan penyertaan pelajar Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman, SMK Lingga, serta wakil dari Bahagian Betong.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan