ARTIKEL

Greenland semakin menghijau ketika bumi semakin panas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pemanasan global semakin menampakkan impaknya.

Kajian di Greenland bahagian Kutub Utara menurut Times of India, 20 Februari 2024, bahawa Greenland kehilangan tapak ais dan glasiar yang cukup banyak.

Dikatakan, kawasan itu kehilangan ais dan glasiar sehingga 36 kali luas kota New York, AS dalam tiga dekad terakhir.

Kawasan yang dahulunya tertutup ais kini berubah cepat menjadi semak belukar empat kali ganda.

Melalui satelit, Greenland didapati kehilangan ais seluas 28,707km persegi sepanjang period tersebut.

Didapati Greenland rumah bagi 57,000 manusia, yang sebagian besarnya penduduk asli dan bergantung pada ekosistem alami – mengalami peningkatan tubuhan dari pertengahan 1980-an hingga pertengahan 2010-an.

Kajian mendapati, peningkatan suhu udara yang lebih hangat, menyebabkan kenaikan suhu tanah dan mencairnya lapisan ais di bawah permukaan.

Dikhuatiri pencairan lapisan ais ini bahkan melepaskan karbon dioksida dan metana sehingga menyebabkan ketidakstabilan tanah dan memberi risiko kepada infrastruktur dan bangunan.

Kini Greenland pulau terbesar di dunia itu yang sebahagian besar ditutupi ais dan glasiar mula menghijau ditumbuhi semak belukar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil