ARTIKEL

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada jawatan.

Beliau berkata, tindakan itu bagi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah, dan beliau juga telah mengarahkan SPRM mengambil tindakan terhadap jemaah menteri yang didapati terlibat dengan salah laku itu.

“Sudah setahun lebih kita memerintah… banyak diserang, tetapi saya tanya di Parlimen dan di luar Parlimen beri satu bukti menteri, perdana menteri sekarang kalau mereka ada rasuah, dan kalau ada, kita siasat, dakwa dan ikut badan kehakiman – hukum.

“Namun tidak ada, dan (selepas) setahun tiga bulan saya ‘tabik’ dengan rakan-rakan, kita boleh beri imej rakan kepimpinan yang bersih daripada rasuah, dan ingatan itu jelas.

“…kalau ada (rasuah), saya akan kata jangan tanya saya, persila ambil tindakan dan orang bekenaan wajib digugurkan, baru negara selamat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024 pad Khamis.

Anwar berkata, beliau juga menasihati jemaah Menteri menilai dan mengkaji sebarang projek yang telah diluluskan, sebelum meneruskannya bagi memastikan prosesnya telus, bersih dan kemungkinan ia boleh menjimatkan.
Beliau berkata perkara sebegitu penting untuk diteliti supaya wang rakyat dapat diselamatkan dan seterusnya dipulangkan semula kepada rakyat untuk manfaat bersama.

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU