ARTIKEL

Guna alasan lampu isyarat tidak terang dan kabur, lelaki dipenjara 3 bulan kerana mencuri kanta lampu isyarat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gara-gara membuka kanta lampu isyarat di Jalan Liu San Bang, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan atau denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan mencuri harta milik Majlis Perbandaran Padawan (MPP), 11 November lepas.

Tertuduh Ben Joseph Au Siew Yen, 40, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri tiga unit kanta lampu isyarat, tiga unit pemantul cahaya dan tiga unit mentol halogen milik MPP.

Tertuduh melakukan perbuatan tersebut di hadapan sebuah sekolah rendah di Jalan Liu San Bang kira-kira jam 12.00 tengah hari, 11 November lalu.

Oleh sebab itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali sedang membuka kanta lampu isyarat di hadapan sebuah sekolah rendah.

Pengadu kemudian terus menahan lelaki (tertuduh) terbabit dan menjumpai barang-barang seperti tiga unit kanta, tiga unit pemantul cahaya, tiga unit mentol halogen, pemotong, tangga besi dan pemutar skru.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk siasatan dan rujukan pihak MPP.

Difahamkan, dia sengaja mencabut kanta lampu isyarat itu kerana dilihat tidak terang dan kabur dari penglihatan ekoran daripada keadaan lampu yang telah lama dan perlu ditukar mengikut jenis lampu isyarat yang digunakan sekarang.

Tertuduh juga menerangkan bahawa dia telah membuat aduan kepada pihak berwajib tetapi belum mendapat jawapan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual