Baru-baru ini, tular di media sosial foto budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR.
Justeru, ia mendorong sebuah badan kerajaan Filipina mengeluarkan amaran kemungkinan ada sindiket menggunakan kanak-kanak untuk menipu orang ramai, lapor Xinhua.
Seorang saksi terserempak dengan kanak-kanak berkenaan berkata, pengemis itu mengeluarkan kod QR apabila diberitahu mereka tidak mempunyai syiling.
Dikatakan, kemungkinan terdapat sindiket mengangkut pengemis menggunakan van, menempatkan mereka di jalanan dan mengumpulkan mereka pada waktu malam.