ARTIKEL

Guru cedera tangan, pelajar 16 tahun dilapor bawa mercun dan kapak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis menyiasat kejadian melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan membawa mercun dan mencederakan seorang guru wanita menggunakan kapak di sebuah sekolah swasta di sini pagi tadi di bawah dua peruntukan undang-undang.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.

“Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima maklumat mengenai kejadian itu menerusi talian kecemasan MERS 999 kira-kira jam 8.03 pagi.

“Maklumat awal mendapati pelajar terbabit dilaporkan membawa mercun dan mencederakan guru berkenaan menggunakan kapak,” katanya dalam kenyataan.

Saifullizan menambah, mangsa iaitu seorang guru wanita dilaporkan mengalami luka pada tangan.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian serta mendapatkan bukti berkaitan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian itu bagi menghormati proses siasatan dan menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat.

Terdahulu, tangkap layar e-mel yang didakwa dikeluarkan pihak sekolah kepada ibu bapa dan penjaga tular di media sosial. E-mel itu memaklumkan kejadian membabitkan seorang pelajar yang membawa objek tajam tanpa kebenaran ke kawasan sekolah.

Menurut kandungan e-mel itu, pihak sekolah segera mengambil langkah keselamatan dengan memindahkan pelajar yang berada berhampiran lokasi kejadian ke kawasan selamat.

E-mel itu turut menyatakan tiada pelajar lain yang mengalami kecederaan atau berada dalam keadaan terancam sepanjang kejadian itu.

Susulan kejadian berkenaan, pihak sekolah mengambil keputusan menamatkan sesi persekolahan lebih awal atas nasihat polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Setakat ini, tahap kecederaan guru serta keadaan sebenar ketika kejadian masih belum diperincikan polis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kemalangan di Pakan: Pemandu tersepit dalam kereta

PAKAN: Seorang lelaki terselamat dalam insiden yang melibatkan kereta Perodua Viva dipandunya dan sebuah lori simen di Jalan Pakan, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Babai,