ARTIKEL

Kemalangan di Pakan: Pemandu tersepit dalam kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Seorang lelaki terselamat dalam insiden yang melibatkan kereta Perodua Viva dipandunya dan sebuah lori simen di Jalan Pakan, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Babai, di sini, petang tadi.

Mangsa dilaporkan masih sedar ketika anggota bomba tiba untuk menjalankan operasi menyelamat, manakala pemandu lori simen berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 3.41 petang.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor segera dihantar ke lokasi bagi melaksanakan operasi menyelamat.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan awal mendapati mangsa terperangkap di ruang pemandu dan tidak dapat keluar sendiri akibat tersepit pada struktur kenderaan.

“Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk memotong serta meluaskan bahagian kenderaan yang menghalang pergerakan mangsa.

“Usaha berkenaan dilakukan bagi membuka ruang yang mencukupi supaya mangsa dapat dikeluarkan tanpa menjejaskan keselamatannya,” katanya.

Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, kenderaan Perodua Viva berkenaan mengalami kerosakan akibat perlanggaran, namun punca sebenar kejadian serta tahap kecederaan mangsa tidak dinyatakan dalam kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU