ARTIKEL

Guru kemalangan elak langgar babi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Seorang guru berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terbalik akibat mengelak daripada terlanggar babi di kawasan Jalan Plassu – Selalang awal pagi tadi.

Guru lelaki berkenaan yang berusia 51 tahun gagal mengawal kenderaannya apabila seekor babi tiba-tiba muncul menyeberang jalan kira-kira jam 5. 45 pagi.

Ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat bertugas di SMK Meradong Bintangor.

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan teruk dalam kejadian itu.

Kawasan berlakunya kemalangan itu memang selalu terdapat babi ternakan penduduk setempat berkeliaran di kawasan tepi jalan raya.

Sudah beberapa kes kemalangan berlaku di kawasan itu sebelum ini akibat perkara yang sama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,