Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Guru prasekolah di Sarawak akan diperkasakan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Sumbangan … Kelihatan Abang Johari menyampikan geran kepada salah seorang penerima sempena Ulang Tahun Ke-10 Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak yang diraikan secara maya hari ini.

KUCHING: Kolej Universiti i-CATS akan memperkenalkan satu kursus untuk guru terlatih prasekolah dan perkara itu telah diusulkan kepada pihak i-CATS minggu lalu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dengan adanya guru terlatih di peringkat prasekolah, ia standing dengan negara-negara maju yang mempunyai guru-guru terlatih mengajar di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

“Sekurang-kurangnya universiti ini akan memberikan pengajian peringkat diploma dan ijazah kepada guru-guru yang mengajar di prasekolah.

“Dengan itu, gaji guru terlatih prasekolah sudah tentunya meningkat berbanding sekarang yang samar-samar dan tidak tersusun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Ulang Tahun Ke-10 Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak yang diraikan secara maya hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 Mac 2023

Berita Terbaru