ARTIKEL

Hakim Danish tekad bangkit di litar Jerez, Sepanyol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mengakui kecewa dengan keputusan diraih pada pusingan kedua Kejuaraan FIM JuniorGP European Talent Cup (ETC) yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol, kelmarin.

Pelumba berusia 15 tahun itu bagaimanapun enggan menyerah kalah selain berazam untuk bangkit memperkemas lagi tunggangan dalam usaha melakar keputusan lebih baik pada pusingan seterusnya di Litar Jerez juga di Sepanyol pada 4 Jun ini.

Terdahulu pada perlumbaan tersebut pelumba kelahiran Terengganu itu menamatkan saingan di kedudukan ke-11 pada perlumbaan pertama dengan catatan 27 minit 41.008 saat (s) dan berada di kedudukan ke-13 pada perlumbaan kedua dengan catatan 27:39.728s.

“Perlumbaan kedua saya tidak mendapat permulaan yang baik, kumpulan hadapan mula ada jarak membuatkan saya sukar untuk kejar dan saya habiskan perlumbaan di P13,” katanya menerusi kenyataan dikongsikan kepada media semalam.

Keputusan dicapai pelumba Monlau Motul itu menyaksikan beliau kini berada di kedudukan kesembilan dengan mengumpul sebanyak 24 mata secara keseluruhan.

Sementara itu, pelumba pasukan Aspar Junior, Maximo Quiles muncul juara diikuti pelumba ACR Racing, Guido Pini manakala Rico Salmela daripada Estrella Galicia meraih tempat ketiga.

Pada perlumbaan kedua, Maximo sekali lagi meraih juara diikuti Brian Uriarte (Estrella Galicia) di tempat kedua sementara pelumba Finetwork Mir Junior, Alberto Ferrandez di tempat ketiga. – BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU