ARTIKEL

Hampir kena serangan jantung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBAGAI jurulatih dalam situasi itu, saya hampir kena serangan jantung.

Demikian kata pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon (gambar) mengulas bagaimana perasaannya selepas menyaksikan anak buahnya ketinggalan 1-3 di tangan Krygyzstan meskipun berjaya mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan Dion Cools.

Bagaimanapun, beliau bangga apabila anak buahnya berjaya bangkit melakar kemenangan 4-3 untuk tiga mata pertama bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

“Apa yang boleh kita lakukan selepas kita mendahului 1-0 tetapi selepas itu ketinggalan 1-3?

Tetapi saya serahkan kepada pemain, saya katakan kepada pemain bahawa ini negara kamu, kamu bermain untuk Malaysia jadi semuanya di tangan kamu.

“Saya hanya boleh bantu untuk memberi motivasi, mewujudkan suasana yang baik, memberi maklumat dan itu sahaja yang boleh saya lakukan daripada segi persiapan pasukan.

“Selebihnya, apabila di atas padang, semuanya bergantung kepada pemain.

Pemain dan penyokong yang mencipta situasi (kemenangan) ini. Harapnya ia boleh berlaku lagi (kebangkitan),” katanya.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi