ARTIKEL

Juanda berucap pada program Taklimat Pembangunan CIB kepada PBT Seluruh Sarawak di BCCK, hari ini. - Foto: Ramidi Subari

Hampir kesemua agensi kerajaan di Sarawak rekod penyata kewangan cemerlang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hampir kesemua agensi kerajaan di Sarawak merekodkan penyata kewangan pada tahap cemerlang tahun ini dengan teguran audit yang semakin minimum.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya, berkata perkara tersebut juga dapat dilihat daripada hasil rumusan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi 2024.

Katanya, tidak dinafikan ada dua atau tiga agensi yang menerima teguran tetapi hanya bersifat teknikal dan bukan melibatkan perkara serius.

“Justeru, kita berharap agar kesemua badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT), dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet dapat terus memastikan prestasi sedia ada dipertahan, sekali gus dipertingkatkan,” katanya.

Juanda (duduk tengah) bergambar bersama wakil yang menghadiri Taklimat Pembangunan CIB Kepada PBT Seluruh Sarawak di BCCK, hari ini. – Foto: Ramidi Subari

Juanda berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Taklimat Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) Kepada PBT Seluruh Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Menjelas tentang anggaran belanjawan agensi, tambahnya, masih ada lagi pihak yang membuat belanjawan defisit sedangkan belanjawan peringkat negeri yang dibentangkan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, adalah belanjawan lebihan atau ‘surplus’.

“Apa yang boleh saya katakan, apabila kita hendak memohon belanjawan, kita minta apa yang benar-benar diperlukan sahaja.

“Ini kerana, apabila Setiausaha Kewangan Negeri melihat duit tidak dibelanjakan, ia akan segera diambil kembali untuk kegunaan agensi lain.

“Jadi, cuma ada sedikit isu melibatkan beberapa agensi dalam menyediakan belanjawan.

“Mereka masih ada yang membuat defisit sedangkan sepatutnya belanjawan dibuat berdasarkan keperluan oleh agensi serta kemampuan melaksanakan belanjawan tersebut,” tegasnya.

Sementara itu, tentang CIB, beliau memberitahu bahawa ia merupakan satu program yang amat berkesan untuk memastikan komuniti terlibat secara aktif dalam memberikan pandangan dan teguran serta memantau bersama projek yang dilaksanakan oleh PBT.

“Pada masa yang sama, PBT juga mempunyai bantuan daripada komuniti untuk memastikan kontraktor-kontraktor yang dilantik melaksanakan tugas sebagaimana yang sepatutnya,” jelasnya.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga