ARTIKEL

Hampir satu pertiga rakyat Afghanistan berdepan kelaparan teruk musim sejuk ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISLAMABAD: Hampir satu pertiga rakyat Afghanistan berdepan kelaparan teruk menjelang musim sejuk, menurut penilaian Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) yang dilaporkan agensi berita Jerman dpa.

Dalam kenyataan pada Isnin, OCHA memaklumkan taburan hujan yang lebih baik telah meningkatkan bekalan makanan, namun berjuta-juta keluarga masih tidak mampu membeli keperluan asas.

Susulan itu, agensi tersebut menegaskan bahawa makanan sebenarnya ada, tetapi berjuta-juta orang tidak berkemampuan untuk membelinya.

Laporan itu turut memberi amaran tentang kelaparan meluas, kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak dan kemusnahan mata pencarian akibat kemarau berpanjangan selama bertahun-tahun, dengan lebih empat juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun berkemungkinan memerlukan rawatan menjelang 2027 seperti dilapor Bernama.

OCHA menegaskan bantuan segera yang menyelamatkan nyawa amat penting sebelum musim sejuk tiba, sambil menekankan bahawa kemajuan berkekalan memerlukan pelaburan jangka panjang dalam mata pencarian, peluang ekonomi dan perkhidmatan awam.

BERITA LAIN

SATU KLIK,PADAH MENANTI

Ancaman keselamatan siber bukan lagi perkara yang boleh dipandang ringan apabila penjenayah kini menggunakan pelbagai taktik untuk menceroboh sistem, mencuri maklumat peribadi dan mengakses wang

BERITA TERBARU