ARTIKEL

Harapan Ibu Milenial dan Gen Z

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tarikh 14 Mei merupakan hari bermakna bagi insan yang tidak pernah bercuti dalam pekerjaannya setelah bergelar ibu.

Walaupun tarikh tersebut sebagai mengenang pengorbanan si ibu, namun Hari Ibu tidak semestinya disambut hanya pada 14 Mei setiap tahun.

Peranan anak-anak dalam memudahkan urusan keluarga harus dipraktikkan setiap hari untuk meringankan pekerjaan ibu dan sebagai sahsiah diri.

Peningkatan kos sara hidup seiring kemodenan menjadikan golongan wanita berkerjaya semakin berkembang seterusnya menambah beban yang dipikul apabila bergelar ibu.

Tugas ibu bukan sahaja terhad kepada skop menjaga makan, minum dan mengurus keluarga di rumah, tetapi memberi kesan mendalam ke atas pembentukan cara fikir, adab dan emosi anak lebih-lebih lagi pada era serba canggih kini.

Dalam konteks Islam, kedudukan si ibu sangat mulia sehingga Rasullullah SAW menyebut kalimat ibu sebanyak tiga kali dalam satu hadis popular berkaitan ibu.

Ia membuktikan darjat sebagai ibu sangat tinggi, malah baginda berulang kali mengingatkan kepada umatnya untuk menghormati dan berbakti kepada insan bergelar ibu.

Selain itu, agama lain juga mengingatkan penganutnya berbakti dan menghormati ibu kerana pengorbanan dan kasih sayang ibu tidak terbatas nilainya.

Era kini, cabaran sebagai ibu menjadi sukar apabila kes cerai semakin meningkat.

Malah, kes cerai dalam kalangan artis secara tidak langsung memberi impak dan mempengaruhi minda wanita berkeluarga lain.

BANTU SANG SUAMI

Menjadi wanita bekerjaya pada zaman kini menjadi keperluan membantu sang suami menampung keperluan atau menambah kewangan.

Ia sedikit sebanyak mengehadkan tugas sebagai ibu dan boleh dianggap sebagai tambahan beban.

Demi memenuhi segala keperluan hidup, ibulah antara insan yang perlu memerah keringat dan fikiran lebih-lebih lagi golongan ibu tunggal.

Bergelar ibu tunggal bukan sesuatu yang diinginkan oleh wanita, tetapi jika itu sudah takdir, pilihan yang ada hanyalah akur dan cekal meneruskan kehidupan.

Menurut ibu tunggal Hatikah Jafar, 44, menjadi ibu tunggal bukan perkara mudah, bahkan berdepan banyak cabaran.

“Jika dilihat keadaan ekonomi kini, ia sangat membebankan kami sebagai ibu tunggal kerana harga barangan terus meningkat.

“Saya sangat berharap agar pihak tertentu boleh menyumbangkan serba sedikit bantuan kepada ibu tunggal bukan sahaja dari segi kewangan, tapi barangan keperluan asas untuk meringankan beban kami,” katanya.

Manakala bagi Emerentina Meta, 28, menjadi ibu tunggal memberi cabaran buat dirinya dari segi membahagikan masa untuk mengikuti aktiviti sekolah anak-anak dan kerja.

“Saya berharap dimurahkan rezeki supaya boleh melangkah jauh dalam kerjaya saya,” ujarnya.

Sementara itu, bagi yang bergelar ibu pada usia 20-an, Nur Azizah Wan Zaidi berkata, kekangan ekonomi membuat dirinya harus berjauhan dengan anak untuk mencari rezeki di bandar berdekatan.

Dia harus mengambil masa berulang-alik tiga kali seminggu melihat keadaan anak yang ditinggalkan bersama-sama orang tuanya.

“Saya berharap suatu hari nanti saya boleh memiliki rumah sendiri serta pekerjaan stabil agar dapat memberi kehidupan lebih baik dan melihat masa depan anak lebih cerah,” katanya.

Bagi Masi Kochit, 48, pula sebagai ibu tunggal kepada anak-anak yang masih melanjutkan pelajaran, dia ingin melihat anak-anaknya mendapat sumber kewangan mencukupi bagi membiayai pelajaran mereka.

“Ibu tunggal di luar sana sudah pasti perlu berdikari bagi menjana pendapatan sampingan dan menyara keluarga.

“Tiada istilah wang turun dari langit jika usaha berlipat ganda tidak dilakukan, malah pendapatan sampingan juga perlu dijana menggunakan kreativiti masing-masing seperti berniaga, membuat kraf tangan atau menjahit pakaian,” jelasnya.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU