ARTIKEL

Gambar hiasan

Harga Minyak Dunia Naik Lagi, Minyak Mentah Brent Cecah USD106 Setong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Harga minyak dunia melonjak lagi dengan minyak mentah Brute mencecah USD106 setong awal Isnin sebelum menurun sedikit pada USD104 susulan ketegangan di Asia Barat, Anadolu Ajansi melaporkan.

Kenaikan harga dalam penanda aras minyak mentah global itu berlaku selepas niaga hadapan minyak itu menyambung semula dagangan sekitar 2200 GMT pada Ahad.

Ia juga selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Jumaat bahawa serangan AS menyasarkan Pulau Kharg, terminal eksport minyak utama Iran di Teluk Parsi, tanpa menjejaskan infrastruktur minyak.

Trump bagaimanapun berkata walaupun telah memilih untuk tidak memusnahkan kemudahan itu, beliau akan segera mempertimbangkan semula keputusannya jika Iran atau sesiapa sahaja mengganggu laluan yang bebas dan selamat bagi kapal-kapal melalui Selat Hormuz.

Konflik di Asia Barat semakin meruncing sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, membunuh kira-kira 1,300 orang setakat ini, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan