ARTIKEL

Harga Minyak Turun Susulan Harapan Usaha Diplomatik Di Asia Barat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Harga minyak global turun apabila minyak mentah Brent jatuh kepada USD97 setong ketika terbitnya harapan baharu untuk usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan di Asia Barat, lapor Anadolu Ajansi.

Niaga hadapan minyak mentah Brent penanda aras antarabangsa didagangkan pada USD98.2 setong setakat 0030 GMT pada Rabu.

Harga turun selepas keluar laporan mengenai rundingan baharu untuk menstabilkan rantau ini dan mencegah gangguan bekalan.

Laporan berita mendakwa Amerika Syarikat (AS) sedang mengusahakan gencatan senjata untuk memudah cara rundingan manakala The New York Times melaporkan Washington telah menghantar cadangan 15 perkara kepada Iran bagi menyelesaikan konflik itu.

Pada Selasa, harga minyak meningkat selepas Tehran menafikan terlibat dalam rundingan dengan AS dan memberi isyarat ia tidak berhasrat untuk memulihkan keadaan perkapalan di Selat Hormuz.– BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan