ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Hargai harta benda sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEMASA di sekolah, baik sekolah rendah mahupun menengah, pergi ke tandas adalah perkara yang paling saya tidak gemari.

Bagi pelajar lain, pergi ke tandas adalah cara bagi mereka untuk ponteng kelas sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran. 

Bagi saya sendiri, pergi ke tandas adalah satu perkara yang saya cuba elakkan. Mengapa?

Ini kerana keadaan tandas yang gelap, lantainya basah dan segala kemudahan serba rosak membuatkan saya tidak selesa untuk menyahut panggilan alam. 

Ketika itu, pintu tandas adakalanya berlubang, engselnya rosak menyebabkan pintu tidak dapat dikunci dari dalam serta tiada paip air. 

Adakalanya saya terpaksa menggunakan tandas guru yang lebih selesa dan bersih sehingga suatu ketika diburu oleh guru. 

Namun teguran mereka saya endahkan, bukan kerana saya bengkeng tetapi sebagai seorang pelajar, kami juga berhak untuk menggunakan tandas yang bersih dan selesa. 

Pun begitu, dalam kes tandas kotor dan busuk, pihak sekolah tidak seharusnya dipersalahkan 100 peratus. 

Ini kerana kenakalan pelajar itu sendiri yang tidak menghargai harta benda sekolah, sengaja merosakkan tandas atas pelbagai sebab tersendiri.

Atau mungkin mereka melepas geram terhadap guru yang mendenda mereka, maka pintu tandas menjadi mangsa amarah mereka atau sebab yang sebaliknya.

 Pada masa ini, situasinya jauh lebih baik, malah ada tandas sekolah telah dinaik taraf dan dibaik pulih sehingga menyerupai tandas premium di pusat beli belah.

Ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia memperuntukkan RM70,000 kepada sekolah untuk membaik pulih tandas sekolah dalam tempoh tiga bulan.

Hasilnya, pelajar mempunyai tandas yang bersih dan selesa, tanpa perlu berasa resah tiada kepala paip mahupun pintu tandas rosak misalnya.

Pun begitu, ia berbalik kepada pelajar itu sendiri dalam menjaga kemudahan yang terdapat di sekolah mereka.

Adakah mereka sanggup untuk menghanguskan RM70,000 atas sebab-sebab tertentu atau menghargai pemberian itu dengan menjaga tandas sekolah mereka dengan sebaiknya.

Maka saya teringat dengan apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun lalu yang menyarankan pelajar sekolah dididik untuk mencuci kemudahan tandas.

Yang beliau sampaikan itu jelas, mahu mendidik pelajar-pelajar ini tentang kebersihan dan menghormati pengguna yang lain.

Meskipun mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri ditentang hebat oleh segelintir ibu bapa dan lawannya dalam arena politik, namun jika diamati dengan mendalam ada benarnya.

Ini kerana pelajar-pelajar ini wajar mempunyai kemudahan asas yang baik dan selesa, yang wajar dinikmati oleh pelajar, selaras dengan hasrat kerajaan dalam pembangunan negara.

Kita sering menjadikan Jepun sebagai contoh dalam pelbagai aspek tetapi realitinya lima peratus yang dilakukan oleh mereka kita langsung tidak dapat capai. 

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi