ARTIKEL

Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Penulis telus, tepat, berfakta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Disember 1993, berikutan saranan Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Selepas lebih 30 tahun, kebebasan untuk mencari, menyampaikan dan menerima maklumat kekal relevan seperti semasa ia ditandatangani.

Tarikh keramat ini menjadi peringatan kepada kerajaan tentang keperluan untuk menghormati kebebasan akhbar.

Tema Hari Kebebasan Akhbar Sedunia tahun ini merujuk kepada kepentingan kewartawanan dan kebebasan bersuara dalam konteks krisis alam sekitar global semasa.

Kesedaran krisis alam sekitar global dan akibatnya penting untuk membina masyarakat demokratik. Peranan kewartawanan sangat diperlukan untuk tujuan ini.

Justeru, ia memerlukan keberanian dan integriti dalam penulisan untuk menyampaikan agenda, fakta yang tepat, promosi dan berita.

Hak kebebasan bersuara bagi pengamal media tertakluk kepada sekatan yang wajar seperti diperuntukkan melalui undang-undang.

Artikel 19 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) memberi hak kebebasan bersuara kepada setiap individu, instrumen resolusi PBB dan ia tidak mengikat di sisi undangundang.

Pun begitu, dengan cabaran dunia digital, maklumat mengelirukan dan palsu datang dari pelbagai sumber termasuk daripada “wartawan media sosial”.

TIDAK SENTUH ISU SENSITIF

Naib Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Zulazhar Sheblee berkata, media massa yang berdaftar atau diperakui oleh sesebuah kerajaan akan memastikan segala maklumat yang disampaikan tepat dan benar serta tiada tokok tambah.

Selain itu, ia juga tidak menyentuh isu sensitif sesuatu kaum, bangsa, agama dan individu.

“Kebebasan media di sesebuah negara boleh dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk kebijakan pemerintah, kemerdekaan editorial dan keberagaman media.

“Saya tidak memiliki akses data terkini, tetapi beberapa faktor yang dapat memengaruhi kebebasan media termasuklah kebebasan untuk menyampaikan berita tanpa takut akan penindasan, akses yang adil ke informasi dan keberagaman pendapat yang diizinkan untuk disampaikan oleh media,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tambahnya, kebebasan media memiliki peranan penting dalam mendukung demokrasi dan keadilan dalam masyarakat.

Media yang bebas dapat menyediakan informasi kritis dan objektif kepada awam, memungkinkan warga untuk membuat keputusan yang terinformasi dan mengawasi pemerintah serta lembaga lainnya.

Hal ini mendukung ketelusan, kebertanggungjawaban dan keikutsertaan dalam proses demokratis

. “Tantangan tersebut meliputi tekanan politik atau komersial, tapisan, intimidasi terhadap wartawan, serta perubahan teknologi dan model bisnes media,” jelasnya.

Masa depan kebebasan media di negara ini bergantung pada komitmen pemerintah dan masyarakat untuk mendukung prinsip demokrasi, kebebasan berbicara dan keberagaman media.

Justeru tegasnya, peningkatan kesedaran akan pentingnya kebebasan, peranan serta perlindungan kebebasan berekspresi media menjadi kunci dalam menentukan arah kebebasan media pada masa depan.

Menyentuh soal kewartawanan dalam dunia digital, Zulazhar berkata, berlaku persaingan baharu bagi media dengan “wartawan netizen”.

“Media massa mudah dapat maklumat. Tidak seperti dahulu, terpaksa pergi lokasi untuk mendapat maklumat ataupun menelefon untuk mendapatkan maklumat.

“Sekarang ramai “Arm Chair Repoter” duduk di depan komputer atau telefon dan “menggoreng” berita seolah-olah berada di tempat kejadian,” ujarnya.

ADA HAD

Berkongsi pandangan sama, pengamal media, Chester Lim berkata, hak kebebasan tersebut sukar diterapkan secara praktikal dan mempunyai had.

Katanya, tahap kebebasan akhbar terhad kerana pemilikan pelbagai bentuk media, akhbar dan portal berita yang dimiliki oleh pelbagai pihak dan terikat dengan pelesenan serta kelulusan untuk beroperasi.

Dari segi cabaran, katanya, akhbar menghadapi banyak cabaran terutamanya untuk relevan dalam kemajuan teknologi, contohnya telefon bimbit, media elektronik dan sebagainya.

“Semua orang boleh menjadi orang media sekarang.

Sebelum berita disiarkan, ramai yang sudah tahu perkara yang berlaku,” katanya,

Tegasnya lagi, masa depan kebebasan akhbar terikat dengan pembangunan sosiopolitik negara.

“Akhbar menjadi sukar untuk bersaing dengan warganet yang lebih cepat mendapatkan berita dan boleh menerbitkan berita hampir serta-merta.

“Tidak seperti akhbar, masih perlu mendapat kebenaran editor dan sebagainya,” katanya.

Justeru, penting untuk wartawan akhbar mendapatkan sudut berita yang lebih menarik dengan variasi soalan bersesuaian dan kelebihan berada di lokasi kejadian. 

BERITA LAIN

PAMERAN, PROMOSI IKMAS

IKMAS mengadakan pameran dan promosi sempena program bersama-sama komuniti Malaysia Madani di Masjid Darussalam Belarek, Long Lama, baru-baru ini. Pameran dan promosi Ikmas kali ini

Kilat Boy terus cipta sejarah

HARI penuh bersejarah kepada petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong apabila berjaya merangkul tali pinggang pada Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg)

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah

BERITA TERBARU