KUALA LUMPUR: China menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, semalam.
Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe beraksi tanpa pemain JDT dan enam pemain Selangor FC yang cedera.
Menurut Bernama Wang Yudong menjaring pada minit ke-10 dan Zhang Yuning menggandakan kelebihan pada minit ke-19.
Jaringan Fergus Tierney pada minit ke-77 dibatalkan VAR, manakala Fergus dilayangkan kad merah selepas dua kad kuning.
Malaysia akan menentang Yemen di venue sama dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1.




