ARTIKEL

Malaysia menang ke atas Singapura 2-1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan Singapura 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2027 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Muhammad Syaifullah Mahruzi membuka jaringan untuk Malaysia pada minit ke-33, sebelum Ahmad Izzan Rifqi Ahmad Farid menyamakan kedudukan untuk Singapura pada masa kecederaan babak pertama.

Pemain gantian Muhamad Fahim Akmal Zulkarnain menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan Singapura dalam kotak penalti.

Pasukan kendalian Muhammad Shukor Adan itu kalah 0-2 kepada Palestin dalam aksi pertama, manakala India membelasah Guam 12-0 di venue yang sama.

Malaysia di tangga keempat dengan tiga mata, sama seperti Singapura di tempat ketiga, manakala India dan Palestin mendahului dengan enam mata setiap satu seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Bumi datar dan tembok ais

MENARIK tentang manusia, semakin banyak teknologi digunakan untuk menjelaskan dunia, semakin banyak pula persoalan muncul yang mencabar penjelasan tersebut. Di tengah-tengah kemajuan sains dan penerokaan

BERITA TERBARU

Muzik tanpa batas usia

DARIPADA rentak indie yang dekat dengan jiwa anak muda hingga lagu malar segar yang merentas zaman, Ultra Kalcer Malaysia 2026 menyatukan peminat muzik pelbagai generasi