ARTIKEL

Kredit: FB Malaysia NT

Harimau Malaya kekal ranking ke-133 dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya kekal menghuni tangga ke-133 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Kedudukan itu menyaksikan skuad kebangsaan mengumpul 1,103.07 mata selepas mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 baru-baru ini.

Dalam dua perlawanan berkenaan, Harimau Malaya mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan apabila tewas 0-2 kepada China sebelum bangkit menewaskan Yemen 2-1.

Kedua-dua perlawanan itu berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, China.

Sementara itu, kedudukan tiga pasukan teratas dunia kekal tidak berubah dengan Sepanyol terus menerajui ranking FIFA selepas mengumpul 2,004.48 mata.

Argentina mengekori di tangga kedua dengan 1,966.13 mata, diikuti Perancis di tempat ketiga dengan 1,950.82 mata.

Kemas kini ranking FIFA seterusnya dijadualkan pada 18 Dis ini.- BERNAMA

BERITA LAIN

Mozo Sport juara Futsal Belia Terbuka 2026

BINTULU: Pasukan Mozo Sport berjaya dinobatkan juara Kejohanan Futsal Belia Terbuka Piala Pusingan Top Eight 2026. Mozo Sport menewaskan Five City X Eshmed Burger 4-3

Tujuh sekolah buru bakat kriket muda

KUCHING: Tujuh sekolah rendah berentap dalam Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun (B-12) Persatuan Kriket Sarawak (SCA) 2026 yang membuka tirai Isnin lalu sebagai usaha mengenal

BERITA TERBARU