ARTIKEL

Kredit: FB HarimauMalaya | Bernama

Harimau Malaya kini ranking ke-131 dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dengan naik satu anak tangga kepada kedudukan ke-131 dunia berdasarkan kemas kini terkini, semalam.

Menurut laman rasmi FIFA (www.fifa.com), skuad kendalian Peter Cklamovski kini mengumpul 1,123.57 mata daripada kedudukan ke-132 yang diduduki sejak 19 Dis tahun lepas.

Kenaikan ini didorong oleh kemenangan 2-0 Malaysia menewaskan Nepal dalam aksi pembukaan Kumpulan F kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac lepas.

Selepas ini, Harimau Malaya akan melayan kunjungan Vietnam pada 10 Jun, sebelum bertandang ke Laos pada 9 Okt dengan kemas kini ranking seterusnya dijadualkan pada 10 Julai.

Namun, Malaysia sebenarnya masih ketinggalan di belakang beberapa pencabar serantau dengan Thailand di tangga ke-99, Vietnam (109) dan Indonesia (123).

Argentina yang merupakan juara Piala Dunia 2022 terus menguasai carta di kedudukan nombor satu diikuti Sepanyol, Perancis, England dan Brazil. — Bernama

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik