ARTIKEL

Gambar Hiasan

Harus ikut aspirasi Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARU-BARU ini tular di media sosial, pelanggan berang gara-gara sebuah pasar raya tidak menyediakan beg plastik.

Nampaknya kesedaran masyarakat terutamanya dalam Kempen Tiada Plastik iaitu caj ke atas setiap beg plastik sekali guna masih rendah.

Dalam laporan berita nasional pula, hanya 44 peratus rakyat mengetahui pelan tindakan ini, manakala hanya 64 peratus mengetahui larangan penggunaan penyedut minuman plastik dan 56 peratus lagi prihatin dengan isu plastik sekali guna.

Sesungguhnya plastik menjadi penyumbang utama pencemaran di daratan dan lautan, yang menjadi musuh senyap kepada manusia dan mampu membunuh.

Hal ini kerana campuran bahan bertoksik dalam penghasilan plastik secara tidak langsung mendedahkan risiko bahaya kepada manusia.

Sejak 2018, kerajaan telah mewartakan Pelan Hala Tuju Ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030.

Pelan Hala Tuju ini mengenal pasti pelbagai cabaran dalam mencapai sasaran penggunaan sifar terhadap plastik sekali guna.

Di Sarawak, di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan turut menyasar untuk merealisasikan matlamat ke arah ekonomi hijau di negeri ini menjelang 2030.

Justeru rakyat Sarawak harus senada dengan Premier untuk merealisasikan matlamat ini termasuk sifar penggunaan plastik.

Janganlah marah sekiranya pasar raya tidak menyediakan beg plastik tetapi biasakan bawa beg kitar semula sendiri dari rumah. K

empen tanpa plastik adalah untuk meningkatkan kesedaran, mendidik orang ramai dan melaksanakan strategi berkesan untuk meminimumkan penggunaan plastik.

Usaha ini adalah untuk menggalakkan kelestarian ke arah bandar yang bersih, selamat dan sesuai untuk didiami.

Bagi memastikan aspirasi ini berjaya, peranan semua orang dituntut supaya Sarawak lebih baik dan inovatif.

Dari segi ekonomi hijau, ekonomi digital dan teknologi maju, Sarawak sudah mengambil langkah pertama untuk melangkah ke ekonomi abad ke21.

Sarawak juga mengutamakan pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin dan hidroelektrik bagi usaha merealisasikan masa depan sifar karbon.

Inisiatif ini menandakan komitmen negeri ini untuk mengurangkan kesan buruk perubahan iklim sambil menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.

Antara tunjang utama sifar karbon bersih Sarawak adalah menerusi peralihan daripada bahan api fosil kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Negeri yang kaya dengan sumber asli ini turut memanfaatkan potensi kuasa hidronya bagi tujuan penyediaan tenaga bersih dan mampan untuk rakyat.

Hal ini kerana, pembangunan infrastruktur tenaga bersih penting dalam mengurangkan pelepasan karbon.

Malah, Sarawak adalah negeri pertama di Malaysia yang menggubal perundangan membenarkan perniagaan teroka karbon dan alam semula jadi, menunjukkan usahanya untuk berada di barisan hadapan dalam mitigasi perubahan iklim.

Dengan terkenalnya sistem sungai yang luas dan potensi tenaga hidro, Kerajaan Sarawak juga sedang melabur dalam pembinaan empangan kuasa hidro untuk menjana tenaga bersih dan mampan.

Semua projek ini direka untuk meminimumkan kesan alam sekitar dan menegakkan prinsip kemampanan lestari alam sekitar.

Kesimpulannya, rakyat Sarawak harus mengikut aspirasi Premier Sarawak untuk merealisasikan matlamatnya ke arah ekonomi hijau di negeri ini menjelang 2030.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan