Hasrat Masir sudah dijangka

KUCHING: Tindakan Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat untuk bertanding di kawasan Dun Balai
Ringin pada PRN-12 nanti hanya akan memusnahkan perpaduan rakyat.

Sehubungan itu, Ahli Pemuda PRS Charles Chad Nissom mengingatkan pengundi di kawasan Balai Ringin tidak memilih ahli politik seperti itu jika tidak mahu menyesal dalam jangka panjang.

“Saya percaya pengundi di Balai Ringin akan menendang Masir keluar melalui undi mereka semasa PRN nanti,” katanya mengulas pengumuman PSB bahawa Masir akan menjadi calon di kawasan Dun Balai Ringin pada
PRN akan datang.

Katanya, “Hasrat Masir tidak mengejutkan malah sudah kita jangkakan.”

Beliau berkata, Masir diberi peluang oleh parti itu untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dari PRS tetapi memilih untuk melompat parti dengan menyertai PSB.

“Dengan melakukan perkara tersebut, beliau tidak hanya merugikan, tetapi mengkhianati rakyat Sri Aman yang mengundi beliau,” ujarnya.

Bagaimanapun jelasnya, pengundi akan dapat membaca wataknya, bukan untuk berkhidmat, tetapi untuk terus hidup.

“Masir tidak terlihat seperti itu, tetapi dipanggil sebagai pemimpin yang tidak berterima kasih kepada
parti asalnya.

“Beliau lupa dari mana beliau datang, dibesarkan sehingga menjadi timbalan menteri di peringkat Persekutuan. Semuanya keranaPRS,” jelasnya.

Charles yang juga Setiausaha  Politik Ketua Menteri menempelak Masir kerana tidak pernah bersyukur dan akan terus mengkhianati mandat yang diberikan oleh pengundi beliau.

“Dahulu, di Kampung Muding, Pantu, beliau secara terbuka menyebut bahawa dia akan bersara. Kini dia dihantui kenyataan beliau sendiri dengan membuat pusingan U dengan melepaskan prinsip politiknya.

“Tujuan dia lompat parti hanya diketahui oleh dirinya sendiri,” tambahnya.

PSB, yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Rakyat Bersatu (UPP), ditubuhkan pada 2014 adalah sebahagian (splinter) daripadaSUPP dan ia dipimpin oleh presidennya Datuk Seri Wong Soon Koh.

Pada 7 Mac lalu, Masir meletak jawatan sebagai Naib Presiden PRS dan ahli parti, seterusnya menyertai PSB.