ARTIKEL

HeadGear Hunting… Pemburu mahkota tradisional S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SALURAN Televisyen Sarawak (TVS) kini tampil dengan rancangan dokumentari menarik, Headgear Hunting memaparkan kisah pembuat penutup kepala tradisional wanita pelbagai etnik di Sarawak. 

Dihoskan oleh pakar antropologi dari Universiti Malaya (UM), Dr Welyne Jehom, beliau memulakan ekspedisi budaya ke pelbagai lokasi di Sarawak untuk memburu mahkota ikonik wanita daripada komuniti etnik berbeza. 

Dr. Welyne bertemu pembuat penutup kepala tradisional berkongsi pengetahuan dan memelihara tradisi ini untuk manfaat generasi seterusnya. 

Beliau juga menggayakan penutup kepala tersebut lengkap dengan pakaian tradisional kumpulan etnik yang berbeza untuk tatapan umum. 

Menurut Pengarah, Yusmal Ghazali, idea menerbitkan Headgear Hunting ini sebenarnya muncul daripada perkataan head hunting yang sinonim dengan kepulauan Borneo pada kurun ke-18.

“Saya menambah perkataan gear untuk menjadikannya Headgear Hunting. 

“Dan apabila saya mula membuat kajian tentang penutup kepala yang terdapat di Sarawak, saya dapati banyak yang masih belum diketahui ramai,” katanya kepada Suara Sarawak.

Enam PENUTUP KEPALA tradisional

Yusmal menyenarai pendek enam penutup kepala wanita di Sarawak untuk diterbitkan dalam Headgear Hunting.

Rancangan ini katanya, dimantapkan lagi dengan kehadiran pakar yang boleh mendukung penceritaan penutup kepala tradisional ini iaitu Dr Welyne Jehom. 

“Dr Welyne Jehom calon sangat sesuai menjadi pencerita dokumentari ini,” ujarnya kepada pemberita.

SIMBOL IDENTITI

Sementara itu, pakar penutup kepala wanita di Sarawak Dr Welyne Jehom berkata, penutup kepala wanita memainkan peranan penting dalam pelbagai budaya yang berfungsi sebagai simbol identiti, kesopanan serta kepatuhan tradisi budaya atau agama.

tersebut sering mewakili nilai, kepercayaan dan adat istiadat yang khusus untuk masyarakat atau agama tertentu.

“Ia berkaitan budaya dan tradisi Sarawak dan tidak ramai daripada kita tahu kepentingan penutup kepala yang kami rangkumkan dalam program ini. 

“Itulah sebab saya terlibat dalam projek ini, mengetahui bahawa analisis antropologi dan pemerhatian kecil membantu masyarakat mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan penutup kepala tradisional ini,” jelasnya. 

Difahamkan, rancangan Headgear Hunting mempunyai enam episod.

Episod pertama menceritakan tentang penutup kepala yang dinamakan Ra’ung yang terkenal di Serian. 

Ia dipakai oleh wanita suku Bidayuh Bukar Sadong, subetnik terbesar dalam komuniti Bidayuh.

Beliau berjumpa Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Bidayuh Dayak, Dr. Chali Ungang, pereka terkenal Ra’ung, Priscilla Michael dan tukang kraf, Tayung Jupin. 

Manakala, episod seterusnya memaparkan penutup kepala Dujung Marek, Sugu Tinggi, Serbang, Sikong dan Lavung serta Peta Ba’o Rawir. 

Untuk mengetahui lebih lanjut jangan lupa saksikan Headgear Hunting di saluran 122 dan MYTV setiap Isnin, 6.30 petang. 

TVS juga memuat naik ke Youtube setiap Rabu selepas ditayangkan di TVS pada Isnin.

BERITA LAIN

Tiga dekad tabur bakti di Bumi Kenyalang

Bagi sesetengah guru dari Semenanjung, penempatan di Sarawak, khususnya di kawasan pedalaman, mungkin dianggap sebagai satu cabaran besar. Malah, ada yang melihatnya sebagai titik terendah

Dari Sebauh menuju pentas dunia

Berbekalkan impian besar dan semangat luar biasa, seorang kanak-kanak perempuan dari rumah panjang di pedalaman Sebauh membuktikan asal usul serta latar belakang keluarga bukanlah penghalang

BERITA TERBARU