ARTIKEL

MENANG BESAR... Pemain Hermanos FC meraikan kemenangan selepas menewaskan Crossover FC 6-1 pada perlawanan separuh akhir Liga Betong 2026.

Hermanos FC ke pentas final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Pasukan pilihan, Hermanos FC tidak berdepan masalah untuk mara ke pentas final Liga Betong 2026.

Hermanos FC berjaya menewaskan Crossover FC 6-1 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Padang Bola Sepak Majlis Daerah Saratok (MDS), semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Hermanos FC akan berdepan Makarion FC bagi menentukan juara musim ini.

Perlawanan akhir kedua-dua pasukan dijadual berlangsung pada 2 Ogos depan di Kompleks Sukan Betong.

Makarion FC mara ke final selepas menewaskan Pusa District FC 5-1 pada perlawanan separuh akhir pertama, Sabtu lalu.

Aksi final dijangka menarik membabitkan kedua-dua pasukan.

Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri, ujar Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Saiful Hsnizam Suhaini kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau percaya tempoh yang ada akan dimanfaatkan sebaiknya oleh kedua-dua pasukan untuk memperkemaskan jentera bagi menghadapi perlawanan akhir.

Hadir sama menyaksikan perlawanan semalam ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Khairulddin Qalam Daud.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah