ARTIKEL

MANTAP... Pasukan Makarion FC.

Hermanos FC, Makarion FC buru kejuaraan esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Kempen Liga Betong 2026 melabuhkan tirainya petang esok (Ahad), sekali gus menyaksikan pertembungan penuh dramatik antara dua kelab handalan, Hermanos FC dan Makarion FC, di pentas final bagi merebut gelaran juara.

Sukar untuk meramalkan pasukan yang mempunyai peluang lebih cerah untuk merangkul gelaran berprestij itu.

HEBAT… Pasukan Hermanos FC.

Kedua-dua pasukan memiliki kelebihan dan kekuatan yang seimbang di semua posisi.

Keupayaan mereka mara ke pentas final selepas menewaskan lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir sebelum ini turut membuktikan kekuatan kedua-dua pasukan.

Makarion FC memastikan tiket ke final selepas menumpaskan Pusa District FC dengan jaringan 5-1.

Hermanos FC pula menyingkirkan Crossover FC dengan kemenangan bergaya 6-1.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Azmi Abdullah mengakui aksi sengit dan menarik bakal dipamerkan oleh pemain kedua-dua pasukan pada perlawanan akhir petang esok.

Menurut Azmi, kekuatan kedua-dua pasukan dilihat seimbang di semua posisi dengan kehadiran pemain handalan dalam skuad masing-masing.

“Kita melihat peluang untuk menang bagi kedua-dua pasukan adalah seimbang. Segalanya terpulang kepada pengendali masing-masing dalam merangka strategi,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Kempen Liga Betong 2026 menawarkan hadiah yang lumayan. Juara akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan pingat.

Naib juara akan menerima wang tunai RM3,000, piala dan pingat.

Bagi Pusa District FC dan Crossover FC yang tewas pada peringkat separuh akhir, masing-masing akan menerima wang tunai RM1,000 serta pingat sebagai pemenang tempat ketiga bersama.

Kejohanan yang merupakan aktiviti tahunan BDFA itu dilihat sebagai landasan terbaik untuk mengenal pasti pemain berbakat yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU