ARTIKEL

MEMBURU MISI... Pemain Bintulu bersemangat ketika sesi latihan. | Foto: FAIZAL BUJANG

Piala Premier Sarawak 2026: 90 minit untuk Bintulu sekat Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA), Sophie Shariee menegaskan, tempoh 90 minit menerusi aksi separuh akhir kedua kempen Piala Premier Sarawak 2026 menentang Samarahan di Stadium Bintulu Sabtu ini akan digunakan sebaik mungkin pasukan Bintulu.

Tidak hanya untuk cuba meraih kemenangan, sebaliknya pada masa sama memastikan kekurangan defisit gol yang dialami dapat diatasi.

Sekali gus, memastikan peluang Bintulu layak ke pentas final kejohanan berprestij itu.

Menurut Sophie, misi mustahil bakal dilalui anak-anak buah Farhan Abdullah@Anai Igang untuk aksi timbal balik Sabtu nanti.

Ia katanya, mengambil kira kelebihan dimiliki Samarahan yang hasil kemenangan 4-1 diperoleh pada separuh akhir pertama Sabtu lepas.

“Di atas kertas mungkin agak mustahil untuk Bintulu mengatasi semua itu.

“Bagaimanapun, saya masih menaruh kepercayaan tinggi kepada pemain untuk kembali bangkit dan menidakkan hasrat Samarahan untuk melangkah ke final,” ujar Sophie kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau melihat peluang Bintulu untuk menang dan mengatasi kelebihan gol dimiliki Samarahan masih terbuka.

Sophie percaya pengemudi Bintulu sudah merangka strategi terbaik untuk diguna pakai pada perlawanan itu nanti.

“Semuanya terpulang kepada pemain untuk menterjemahkannya pada perlawanan sebenar nanti.

Dalam pada itu, Sophie menyeru penyokong Bintulu hadir beramai-ramai stadium Sabtu ini untuk memberi sokongan kepada pemain.

Untuk rekod, Bintulu merupakan juara edisi pertama kejohanan terbabit.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU