ARTIKEL

Perenang negara mewakili pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Khiew Hoe Yean meraikan kejayaan memenangi acara 100 meter gaya bebas pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-67 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini.

Hoe Yean raih emas berganda renang terbuka Malaysia 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perenang lelaki negara, Khiew Hoe Yean beraksi cemerlang apabila meraih pingat emas berganda pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-67 di Pusat Akuatik Kebangsaan di sini, hari ini.

Perenang berusia 22 tahun itu mengungguli  acara 100 meter (m) gaya bebas dengan melakukan catatan masa 50.00 saat (s), kurang 0.46s untuk memecahkan rekod kebangsaan milik Welson Sim.

Pingat perak acara tersebut dimenangi perenang Pulau Pinang, Lim Yin Chuen sementara gangsa milik perenang Thailand, Surasit Thongdeang.

Pingat emas yang dimenangi itu kemudian disusuli kejayaan meraih emas acara 100m kuak lentang dengan catatan masa 56.41s.

Perenang Selangor, Daniel Williams meraih pingat perak sementara Wei Hii Puong dari Sarawak meraih gangsa.

“Ini bukan acara utama saya. Ini adalah acara pemanas badan saya sebelum acara kegemaran (200m dan 400m).

“Apa pun ia pengalaman baik untuk bersaing dengan perenang negara yang lain selepas sibuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Paris sebelum ini,” kata Hoe Yean ketika ditemui selepas perlumbaan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu