ARTIKEL

Dua kereta terlibat dalam kebakaran.

Honda Accord, Bezza terlibat kebakaran awal pagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SONG: Sebuah kereta jenis Honda Accord musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran di Pekan Song awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.14 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song digerakkan ke lokasi.

Komander Operasi, PBK I Peter Jinang berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati sebuah Honda Accord sedang terbakar.

“Akibat kebakaran itu, sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Bezza yang diparkir bersebelahan turut mengalami kerosakan kira-kira 10 peratus pada bahagian lampu dan bampar hadapan sebelah kanan akibat haba panas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa.

Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu nozel dengan sumber air daripada pam jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi ditamatkan pada 2.08 pagi selepas keadaan disahkan selamat.

Seramai enam anggota bomba bersama sebuah jentera CFRT terlibat dalam operasi tersebut, manakala lima anggota polis turut berada di lokasi bagi membantu mengawal keadaan.

-tamat-

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat