ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Hujan monsun ragut lebih 300 nyawa di seluruh Pakistan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 302 orang maut manakala 727 lagi cedera dalam insiden berkaitan hujan di seluruh Pakistan sejak 26 Jun lalu, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) pada Isnin, lapor Xinhua.

Berdasarkan laporan terkini NDMA, dua orang maut dan 12 cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika hujan monsun lebat terus melanda pelbagai bahagian negara itu.
Wilayah timur Punjab merupakan kawasan paling terjejas dengan 163 kematian dan 579 kecederaan dilaporkan.

Di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa pula, sebanyak 71 kematian dan 86 kecederaan direkodkan.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran hujan lebat di bahagian utara dan tengah dari 5 hingga 10 Ogos serta menasihati kerajaan-kerajaan wilayah agar melaksanakan operasi bantuan di samping memantau kawasan berisiko tinggi sepanjang tempoh terbabit. — BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

BERITA TERBARU