ARTIKEL

Ibrahim Manusi sertai JDT, sarung jersi nombor 27

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkukuh barisan pemain mereka menjelang musim baharu Liga Super dengan membawa masuk bekas pemain tengah Sri Pahang, Ibrahim Manusi.

Pengumuman mengenai penyertaan pemain berusia 23 tahun itu dibuat menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

“Hanya ada satu tempat untuk melonjakkan mutu bola sepak ke tahap lebih tinggi. Selamat datang ke Harimau Selatan, Ibrahim Manusi,” menurut kenyataan dalam video tersebut.

Ibrahim akan menyarung jersi nombor 27 bersama skuad Harimau Selatan.

Sebelum ini, JDT turut mengumumkan kemasukan dua pemain import iaitu penyerang Brazil, Jairo Da Silva dan pertahanan Sepanyol, Antonio Glauder.— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu