ARTIKEL

Keadaan kenderaan mangsa di lokasi kejadian. Foto: BBP Bintangor

Ibu, anak cedera ringan dalam kemalangan kendiri di Julau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Seorang wanita dan anaknya mengalami kecederaan ringan selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan kendiri ketika dipercayai dalam perjalanan ke sebuah sekolah menengah di Julau, pagi ini.

Dalam kejadian itu, wanita berkenaan cedera di bahagian pinggang, manakala anaknya cedera di bahagian bahu.

Kedua-dua mangsa masih berada di dalam kenderaan ketika pasukan bomba tiba di lokasi, namun mereka tidak tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.59 pagi sebelum tiba di lokasi pada pukul 8.45 pagi.

Beliau berkata, anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) segera menjalankan kerja menyelamat bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa dari kenderaan berkenaan.

“Operasi menggunakan peralatan scratcher bagi membantu mengeluarkan mangsa dengan selamat.

“Selepas berjaya dikeluarkan, kedua-dua mereka diserahkan kepada pasukan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menerima rawatan awal di lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, punca kejadian masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU