ARTIKEL

Ibu bapa mangsa berita palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: PDRM Mukah memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak menyebarkan berita palsu berhubung kes positif Covid-19 di sini.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata, sekiranya ada individu menyebar maklumat palsu, info tidak sahih dan khabar angin berhubung Covid-19 mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Sejak kebelakangan ini, ada segelintir masyarakat berani menyebarkan berita palsu tentang kes Covid-19 secara lisan mahupun di media sosial.

“Malah terdapat kenyataan, komen dan info yang disampaikan kepada pihak ketiga jelas tidak merujuk kepada kesahihan maklumat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) Mukah,” katanya kepada Suara Sarawak.

Justeru katanya, kegiatan tidak bertanggungjawab tersebut telah menimbulkan panik dan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.

“Turut terkesan institusi pendidikan sekitar Mukah kerana ada dalam kalangan ibu bapa dan penjaga mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah,” ujarnya.

Jimmy memberi contoh, ada segelintir pihak mengambil keputusan untuk membuat kuarantin kendiri tanpa arahan daripada pihak KKM, tenaga pengajar pula tidak membenarkan pelajar hadir ke sekolah atas alasan pelajar tersebut disyaki menjadi pembawa Covid 19.

“Sedangkan KKM tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan kuarantin kepada keluarga pelajar berkenaan,” tegasnya lagi.

BERITA LAIN

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli